Monday, 5 September 2016

Pesakit Zika meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Seorang pesakit lelaki berusia 61 tahun yang dijangkiti virus Zika di Sabah meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu merupakan mangsa pertama dijangkiti virus Zika di negara ini kerana dia tidak pernah ke luar negara dalam tempoh beberapa minggu lepas.
“Ya, benar mangsa telah meninggal dunia, tetapi bukan disebabkan oleh Zika. Sebaliknya akibat jantungnya yang lemah. Mangsa sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan jantung pada bulan depan.” jelas Noor Hisham ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4JLaF6oei 

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum..Hi uolss..
thankx coz sudi melawat blog Cik BB ye..
Jangan lupe tinggalkan KOMEN uolss..
Support skit Cik BB nie..macehhhh!!!