Monday, 5 September 2016

Minyak Bayini Mestika

Hi uolsss...
petang nie Cik BB nak berkongsi dengan uolss Minyak Telon Bayi yang Cik BB gunakan kat anak-anak Cik BB since anak pertama yg sekarang dah pun usia 6 tahun.

Sebelum2 nie pernah juga Cik BB try tukar minyak telon yang lain..
tapi..
hasilnya NEGATIF..maksudnya ada yg tak sesuai dgn kulit anak2 Cik BB..ada yg anak2 Cik BB tak tahan panasnya..
so until now, Cik BB guna minyak telon nie..
kadang-kadang kalau bawa kereta..travel jauh2..
minyak nie jugak la Cik BB sental kat kepala..kat leher..
memang best!!!


Harga minyak ni takde mahal mana pun..kira mampu milik la jugak..
RM 7.00 sebotol.

tapi kalau kat MYDIN ada jual 3 sekaligus..harga Cik BB tak berapa hengat..
minyak ni juga senang nak dapat..banyak kat kedai toko2 jamu..

Antara khasiat minyak ini :

  • Mencegah kembung perut dan sakit perut
  • Melegakan pernafasan bayi dan bayi akan mudah tidur
  • Melegakan kesan dari gigitan nyamuk
  • Mengurangkan gejala kanak2 kecing malam
  • Memberi kehangatan kepada bayi

Kandungan minyak ini :
  • Daun Pandan
  • Serai
  • Buah Pala
  • Kayu Putih
  • Daun Pudina
Buat ibu-bapa yg dok survey minyak telon bayi utk anak-anak korang..
Cik BB sangat suggest minyak ini..
Cubalah..baru tau!!!

Pesakit Zika meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Seorang pesakit lelaki berusia 61 tahun yang dijangkiti virus Zika di Sabah meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu merupakan mangsa pertama dijangkiti virus Zika di negara ini kerana dia tidak pernah ke luar negara dalam tempoh beberapa minggu lepas.
“Ya, benar mangsa telah meninggal dunia, tetapi bukan disebabkan oleh Zika. Sebaliknya akibat jantungnya yang lemah. Mangsa sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan jantung pada bulan depan.” jelas Noor Hisham ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4JLaF6oei 

Polis nafi UFO berlegar di Kuala Krai



KOTA BHARU - Polis hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, malam tadi. Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.
"Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.." - Bernama